Thursday 14 November 2013

Alhamdulillah 730 hari

2 TAHUN
24 BULAN
104 MINGGU
730 HARI

terlalu banyak cerita terlukis selama 2 tahun kita bersama
terlalu banyak kenangan tercipta selama 2 tahun kita bersama
bukan senang untuk kita bertahan selama 2 tahun
bukan senang umtuk kita lalui perjalan selama 2 tahun
tapi Alhamdulillah berkat kita berdoa 
kita mampu lalui untuk pertahankan hubungan kita selama 2 tahun
syukur Alhamdulillah 
terima kasih kepada Mu Allah s.w.t kerna memberi kesempatan pada hamba mu ini merasa kebahagian ini..Amin

Ya Allah..kau dekatkan lah jodoh aku jika dia adalah jodoh aku..Amin

LOVE U ANIS

MISS U ANIS

Friday 11 October 2013

berbisik

bila hati mula berbisik
tahkala itu juga hati dan fikiran mula tidak keruan
apa yang dibisikan hingga semua tidak tentu
adakah hanya permainan hati?
adakah hanya firasat ingin berkata-kata?
aku sendiri pun tidak tahu apa yang dibisikan
apa mungkin hati berbisik ingin bertanya
bila lagi ingin berkata-kata?
bila lagi ingin melangkah?
usia semakin tua,masa sudah tidak lama
berapa lama lagi mahu menunggu
hati mula tidak tentu
fikiran makin celaru
aku mula tidak tahu apa yang harus aku lakukan
adakah aku harus terus menunggu?
adakah aku harus tunggu khiamat baru mahu melangkah?
aku terus hanyut dalam fikiran dan hati tiada tuju
bisikan yang punyai maksud tersirat
aku belum temui jawapannya
akan aku pastikan jawapannya akan temui kelak
pasti aku akan dapatkannya
aku pasti
aku pasti
aku pasti

Wednesday 2 October 2013

Aku :Mengharap Sinar

Sekarang..
 Aku berambut panjang setelah sekian lama tidak berkerja dan menjadi penggangur yang terhormat dirumah mak & ayah aku..Aku hanya tahu on9,makan ,tidur & habiskan masa berhibur melepak bersama-sama kawan-kawan.Selama hampir 12 bulan aku jadi seperti ini.Mak & ayah aku ada juga tanya bila nak cari kerja?,bila nak potong rambut?,bila nak banyar pinjaman belajar?,memang nampak remeh pertanyaan orang tua aku itu,tapi pertanyaan mereka tersirat harapan untuk melihat aku berkerja dan menjadi orang berguna kelak..Aku mengerti setiap perkara tersirat dari setiap pertanyaan mereka.Aku pun taknak jadi macam ini tapi apakan daya aku yang memilih jalan yang tiada apa-apa keuntungan  untuk hidup aku.Aku sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t supaya permudahkan & murahkan rezeki didunia supaya aku menjadi orang berguna kelak..

Minggu Hadapan..
Rambut aku yang panjang akan aku potoang dalam masa terdekat kerna ada rezeki dari Allah s.w.t...Aku mendapat satu temu duga yang tak pernah aku terfikir akan dapat ..Jawatan yang aku dapat pun bukanlah jawatan yang menjanjikan gaji yang lumayan tetapi sudah cukup untuk aku kalau aku diberi & diterima untuk berkhimat untuk kerja tersebut.Aku berharap ini adalah satu sinar baru untuk masa kelak supaya aku menjadi berguna dan memberi satu senyuman pada mak dan ayah aku..Aku akan berusaha dalam temu duga nanti supaya aku diterima..Aku berharap dipermudahkan setiap urusan pada hari temu duga nanti dan hari-hari akan datang dalam sepanjang hidup aku didunia ini..Amin

"Ya Allah,kau berikanlah hamba mu ini kekuatan bagi menghadapi kehidupan didunia ini,kau permudahkanlah setiap urusan hamba mu ini,kau murahkanlah rezeki hamba mu ini dan kau berikanlah kerjayaan dalam kehidupan hamba mu dunia ini walaupun hamba mu ini banyak melakukan kemungkaran,dosa dan melanggar segala perintah mu..Amin"

Sunday 25 August 2013

AKU : Ending

sebuah cerita sudah berakhir...tidak akan ada sambungan untuk cerita kali ini kerna sudah tidak akan disambung walaupun boleh disambung..bagi aku biarlah cerita terhenti,terkubur pada masa ini supaya tidak akan ada sejarah yang buruk akan hadir dan timbul dalam cerita yang sungguh indah pada awal sambil disulam kesedihan.kesakitan,kepahitan,kesengsaraan dan pelbagai perasaan bercampur aduk ..biar segala kenangan pahit ,pahit dalam cerita ini menjadi kenangan yang paling indah dan menjadi pengalaman untuk diri sendiri bagi meneruskan kehidupan dan menjadikan satu titik tolak bagi memajukan kehidupan kelak..walaupun hati ini akan sakit ,akan aku lalui dengan tabah supaya ia tidak terus sakit kelak...mungkin ada hikmah sebalik kejadian ini...aku tidak tahu,mungkin apa yang aku fikirkan selama ini akan terjadi ..aku tidak tahu...akan aku tabahkan hati ini dan menantikan dengan sabar apa yang akan berlaku kelak....

Thursday 15 August 2013

Satu pendirian

Aku melangkah untuk menjadi lebih dewasa..
bukan untuk menjadi si kecil..
Aku melangkah untuk menjadi lebih matang..
bukan untuk menjadi kanak-kanak..
Aku berlari untuk mengejar cita-cita..
bukan untuk bersuka ria..
Aku berlari untuk mengapai impian..
bukan untuk berfoya-foya..
biar berjuta-juta dugaan..
akan aku usaha hingga tercapai..
biar beribu halangan..
akan aku pastikan tercapai..
akan aku iringkan dengan doa kepada Maha Esa..
Amin...

Sunday 28 July 2013

Sudah Ditentukan

setiap manusia mempunyai perasaan
setiap manusia mempunyai satu perjalanan hidup
setiap manusia mempunyai tingkah laku tersendiri
semua itu sudah ditentukan oleh illahi

setiap kehidupan mempunyai satu cerita
setiap kehidupan mempunyai naik dan jatuh
setiap kehidupan mempunyai senyum dan tawa
setiap kehidupan mempunyai sedih dan duka
semua itu lumrah kehidupan didunia sementara ini

anggap apa yang berlaku satu ujian
anggap apa yang berlaku ada hikmah
kerna semua itu sudah ditentukan oleh Allah s.w.t untuk semua ciptaannya...

Wednesday 3 July 2013

gelap & jauh

kesakitan ini akan aku biarkan saja
supaya ia menjadi lali kelak
kepedihan ini akan aku biarkan saja
supaya ia menjadi biasa kelak
semua ini akan aku terima

aku akan bawa diri ini ke suatu sudut
satu sudut yang gelap,supaya tiada siapa tahu
aku akan bawa diri ini ke suatu tempat
satu tempat yang jauh,supaya tiada siapa bisa kejar
semua ini akan aku lakukan jika terpaksa

aku akan biarkan saja semua ini berlaku
supaya aku lali dengan kesakitan,kepahitan liku-liku kehidupan
supaya aku boleh hadapi apabila ia kembali kelak

#kesuatu tempat yang jauh dan gelap akan memberi ketenangan#

Wednesday 26 June 2013

hati bukan lego

Hati aku ini bukannya lego
sesuka hati untuk di kotak-katikkan
Hati aku ini bukannya boneka
sesuka hati untuk dipermainkan

Hati aku sakit ada kau tahu
bagaimana sakitnya
Hati aku terluka ada kau tahu
bagaimana lukanya
Hati aku pedih ada kau tahu
bagaimana pedihnya
Tidak kau tahu ini semua
kerna kau hanya pandai permainkan


Friday 21 June 2013

Kelukaan

Sudah tiada rupa
Sudah tiada bentuk
Sudah tiada apa lagi untuk digambarkan
Sudah habis semua hancur
Sudah habis semua bederai

Sudah habis segala harapan

Aku bukan tuhan
Untuk tentukan segalanya

Aku bukan ada kuasa
Untuk tunaikan permintaan
Aku manusia biasa yang bodoh lagi hina


Tapi
Hati aku ini sakit
Teramat sakit
Tiada kata boleh gambarkan sakit ini

Hanya air mata yang jatuh ke bumi
Betapa sakitnya hati ini
Hanya tagisan
Menemani kelukaan hati ini



Segala pengorbanan
hanya sia-sia
Mungkin kerna aku bukan bijak
Untuk memberi arahan atau nasihat


biar tangisan dan air mata aku ini menemani kelukaan hati aku .............

Saturday 1 June 2013

Haruskah

Haruskah..
Haruskah aku berdiam..
Haruskah aku lari..
Haruskah aku menyeksa..
Haruskah aku tinggalkan..
Apa harus aku lakukan..

Perlukah..
Perlukah aku berdiam..
Perlukah aku lari..
Perlukah aku menyeksa..
Perlukah aku tinggalkan..
Apa harus aku lakukan..

Adakah..
Adakah aku terlalu menyeksa..
Adakah aku terlalu ego..
Adakah aku terlalu ikut kata hati..
Apa harus aku lakukan..

Aku sendiri tidak tahu apa harus aku lakukan..
Adakah aku harus biarkan ia pergi.
Adakah aku harus biarkan ia menjadi malap..
Adakah aku harus biarkan ia hilang..
Apa harus aku lakukan..

Aku sendiri tidak dapat fikirkan apa yang harus aku lakukan..

#mati akal fikiran#

Thursday 30 May 2013

Aku : rezeki

Bila berbicara pasal rezeki pasti berbeza-beza setiap manusia.Ada manusia yang bernasib baik dan ada yang tidak bernasib baik.Tapi semua itu atas rezeki masing-masing sudah ditentukan oleh Tuhan.Kita sebagai hambanya hanya perlu redho dengan setiap pemberian yang diberi.Sedikit mahupun banyak kita harus bersyukur dengan rezeki yang limpahkan kepada kita.Jangan kita pernah dengki pada orang yang diberi rezeki yang banyak sedangkan kita hanya diberi sedikit.Semuanya sudah disusun oleh Tuhan untuk setiap umatNYA dan diberi yang terbaik.Jika hari ini kita diberi rezeki yang banyak , jangan pernah kita leka dan lalai ditelan kemewahan diberi sehingga lupa kepadaNYA.Jika hari ini kita diberi rezeki yang sikit , kita jangan putus asa dan kita harus gigih berusaha dan berdoa padaNYA supaya dimurahkan rezeki didunia akhirat.Insya Allah.

Thursday 23 May 2013

Aku : Dosa

Aku mungkin nampak seperti ini..
Aku penuh dengan dosa masa silam dan masa sekarang..
umpama darah yang mengalir ditapak tangan dan tidak boleh dihilangkan..
darah yang kekal ditapak tangan dan tidak akan hilang selagi tidak dibasuh dengan sempurna..
sama seperti dosa yang telah aku lakukan selama aku hidup dimuka bumi ini..
mungkin ini semua untuk masa sekarang dan masa silam aku..
aku tidak tahu masa kelak aku ini seperti mana..
aku sentiasa berdoa akan diberikan kesempatan untuk mencuci darah kotor yang kekal ditapak tangan aku selama ini..
aku sentiasa percaya yang tuhan maha adil..
pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku terhadap aku sekarang.
aku redho atas semua ini..

mungkin segala kesakitan yang aku rasa dan alami selama ini balasan atas segala dosa aku..
aku redho atas semua ini..

Terima kasih padaMU tuhan jika ini yang terbaik untuk aku..
Aku terima dengan hati terbuka apa yang telah engkau aturkan untuk umatMu yang tidak sempurna ini..
Terima kasih kepadaMU ya Allah S.W.T

Monday 22 April 2013

Hanya kau

Apabila aku mula-mula melihat kau..
Kepala aku berputar dan masa berhenti..
Sama ada ianya lampu hijau atau lampu merah..
Aku tidak dapat lihat..
Aku tidak perlukan apa-apa lagi..
Hati aku hanya akan ke arah kau..

Aku tidak tahu sebarang peraturan..
Tidak kira apa yang orang kata..
Walaupun mereka terus menghalang aku..
Walaupun aku jatuh..

Walaupun aku menangis..
Jalan aku adalah satu..
Aku tidak perlukan apa-apa lagi..
Hati aku hanya akan ke arah kau..


Kau yang aku cinta..
Aku hanya berlari kepada kau dan memeluk..
Seperti aku hadir..
Tanpa rasa takut..

Aku berlari kepada kau dan memeluk..
Setiap kali aku melihat kecantikan kau..

Aku jatuh hati..
Aku jatuh hati..
Aku jatuh hati..
Aku jatuh hati..
Aku jatuh hati pada kau ......................................

Sunday 21 April 2013

pengorbanan

mungkin perlu ada pengorbanan dalam kehidupan..
walaupun berat untuk menerima segalanya..
mungkin apa yang dikorbankan akan membuat seseorang gembira..
walaupun terpaksa kita menerima dan menanggung kesakitan..
tapi kita akan gembira bila melihat orang yang kita sayang gembira..
walaupun kita sendiri yang terseksa..
biar orang yang kita sayang sentiasa bahagia dan gembira..
jangan pernah membuat meraka sedih..
biarlah kita menanggung kesakitan..
biarlah kita menaggung kesedihan..
tak mengapa...hanya pengorbanan untuk orang kita sayang..
hanya untuk orang kita sayang..
hanya untuk orang kita sayang..

Monday 15 April 2013

bukan kita pinta

Mungkin kita tidak berhubung sementara waktu..
bukan kita pinta semua ini..
tapi keadaan yang memaksa..
aku tidak mampu menerima keadaan ini..
kerna aku merasa kosong tanpa suara dan pesanan ringkas dari kau..
sudah aku cuba menahan dan lari dari perasaan ini untuk sementara..
tapi aku gagal kerna aku sangat rindukan dan sayang pada kau..
membuat hati dan fikiran aku tidak menentu ..
kerna memikirkan kau disana..
aku harap kau juga merasa apa yang aku rasakan sekarang..
harap kau baik-baik sahaja disana..
simpanlah..
ingatlah..
aku dalam hati dan fikiran kau..
walaupun kita berjauhan..
itu yang aku harapkan..

                                                                                                  #anis: i love n miss u so much#

Thursday 4 April 2013

aku benci

aku benci akan semua ini..
aku benci akan apa yang berlaku..
aku benci akan keadaan ini..
aku benci.............aku benci..

kenapa nak seksa aku..?
apa salah aku..?
jahat sangat ke aku ini..??
hingga terseksanya aku sebegini..??

aku benci..
apa lagi yang kau mahu pada aku..?
apa lagi yang kurang?cuba kau cakap.?

jangan kau seksa aku..?
aku tak kuat menahan seksa ini..

aku dah penat main dengan perasaan aku..
jangan kau tampak penat aku..
sudah-sudahlah kau seksa perasaan aku..
aku sudah tiada daya lagi lalui semua seksa kau..
cukup la..sudah la..jangan tambah lagi seksa ini..
tamatkan lah seksa ini..jangan hadir lagi ..
aku benci....aku benci....aku benci...

Mungkin Sudah Penat

Mungkin aku terlalu leka menjaga orang disekeliling aku...Sedangkan aku tidak menjaga perasaan dan hati aku yang sentiasa sakit dan terluka...Tak mengapa la aku akan berkorban untuk orang-orang sekeliling aku supaya mereka sentiasa tersenyum dan gembira..Mungkin ini yang tuhan aturkan untuk aku..Aku redho dengan apa yang diaturkan buat aku diatas dunia sementara ini.....Jika ini takdir aku berikan lah aku sedikit ruang untuk memberi kegembiraan buat hati aku ini..Aku pohon kepadamu berikan la hati ini satu perasaan yang aku tidak penah merasa satu kegembiraan yang sempurna..

Mungkin aku sudah penat........
Berilah aku sedikit ruang dan waktu untuk aku berahat dari semua ini..
Mungkin aku sudah penat.....
Mungkin aku sudah penat.....

Wednesday 3 April 2013

Takdir

Haruskah
aku berbicara dengan hati ini?
aku seksa hati ini?
aku hancurkan segala keinginan hati ini?
aku tipu hati ini?
haruskah semua ini aku lakukan?

Aku bukan manusia yang sempurna untuk menentang segala kehendaknya.
Tapi haruskah aku cuba mengelak untuk melakukannya.
Walaupun terseksa.

Fikiran tidak akan mampu berfikir jika semuanya adalah takdir hidup ini.
Tapi masih bisa mencuba dan mencari sesuatu yang benar bagi meluruskan perjalanan kehidupan ini.
Jika diri ini mampu..

Aku sentiasa redho dan bersyukur kerna memberi peluang aku merasa kehidupan didunia sementara ini.
Walaupun diri ini terlalu leka dibuai keseronokkan dunia.
Diri ini ditelan kehebatan dunia.

Mungkin ini takdirnya.....................

Tuesday 2 April 2013

Harapan

Berharap...
Aku harap semasa aku fikirankan kau,kau juga fikirkan aku..
Aku harap semasa aku ingat pada kau,kau juga ingat pada aku..
Aku harap semasa aku bayangkan kau,kau juga bayangkan aku..
Aku harap semasa aku perlukan kau,kau juga perlukan aku..

Bila..
Bila aku sayangkan kau,aku harap kau pun sama..
Bila aku rindukan kau,aku harap kau pun sama..
Bila aku cintakan kau,aku harap kau pun sama..
Bila aku inginkan kau,aku harap kau pun sama..
 

Aku berharap selagi aku masih disisi kau,kau tidak rasa kesunyian..
Aku berharap selagi aku masih disisi kau,kau tidak rasa kesedihan..
Aku berharap selagi aku masih disisi kau,kau tidak rasa kekecewaan..

Semua ini antara harapan aku dalam hubungan ini..Aku harap iya berlaku..


Monday 1 April 2013

Aku : kesilapan

Salam....
         Kali ini aku hanya mahu bercerita atas pengalaman baru aku dan satu situasi yang tidak perlu ada dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan sehingga mempunyai ikatan yang sah.
         Cerita aku ini bukan rekaan mahu pun direka sesuka hati aku. Tapi cerita ini adalah benar dan aku yang melihatnya sendiri..Apa yang boleh aku lihat dan cerita adalah duduk dalam keadaan seperti suami isteri selama 5 tahun. Apa faedah nya ?? tiada faedahnya baik kahwin terus kalau dah rasa nak hidup seperti suami isteri,tak perlu nak duduk dalam dosa..
          Bila aku bertanya kenapa kau buat semua ini? ini jawapan dan dialoag aku & dia

Aku : kenapa kau buat semua ini?
Dia  : coz aku sayang dia..sebab tu aku buat semua ni
Aku : kenapa kau tak kawin je terus lau suke sama2 suke?
Dia  : emmmmm...(mengelak tuk jawab)
Aku : selain sebab ko sayang dia ,apa lagi sebab kau rela buat macam ni?
Dia  : aku perlukan belaian , aku suka dibelai.

           Antara bualan aku dengan kawan aku 2..haruskah semua ini nak tunjuk kasih sayang kepada pasangan kita..Jika ringan-ringan 2 boleh nak wat perkiraan..Tapi kalau dah macam suami isteri memang dah tak boleh dibuat perkiraan..
           Cukuplah aku ceritakan tentang semua ini..Aku kongsi semua ini bukan nak aib kan si dia mahu sesiapa saja..Aku cuma mahu yang membaca dapat fikirkan perkara di zaman moden ini..Aku bukan la baik sangat nak bercerita tentang orang lain..Jika ada yang terasa aku mohon maaf...

Wednesday 27 March 2013

Satu Kehidupan

Kehidupan..
bukan mudah untuk menjalani kehidupan
bukan mudah untuk menyerikan kehidupan
bukan mudah mencari kehidupan yang sempurna

Kehidupan..
terlalu mudah untuk merosak kehidupan
terlalu rumit sesuatu kehidupan
terlalu bercabang sesuatu kehidupan

Kehidupan
indah kehidupan jika ia sempurna
indah kehidupan jika ia penuh kegembiraan
indah kehidupan jika ia seperti pelangi yang berwarna-warni

Walauapapun yang kita cari dalam kehidupan jangan pernah kita lupa pada pencipta kerna hanya dia yang mampu memberi segala-segalanya..
Pilihlah jalan kehidupan yang benar jika mahu menemui kegembiraan kelak..
Ingat semua yang datang dan pergi semuanya dari Maha Pencipta....

Thursday 14 March 2013

KESALI

Untuk hari itu..
Pada detik itu..
Pada saat itu..
Aku lafazkan kata cinta pada kau..
Aku mengikat hubungan cinta pada kau..
Aku fikir kau tidak akan lagi seperti dulu..
Tapi anggapan aku salah..
Kau masih lagi sama..

Untuk hari ini..
Pada detik ini..
Pada saat ini..
Baru aku tahu segalanya..
Baru aku tahu ceritanya..
Apa semua ini..
Apa sudah suratan hubungan ini..

Adakah ini akhir cerita ini?
Adakah ini kesudahan perjalan ini?

Aku kesali apa yang terjadi..
Maafkan aku wahai hatiku ini..kerna telah melukakannya..

#emosi hilang arah#

Wednesday 20 February 2013

Hanya Insan Biasa

Sudah...
Sudah berkali-kali berkata..
Sudah ditegur berkali-kali..
Masih ditampok lama..
Mungkin kata-kata ini tidak sebisa ular lagi..

Acap kali...
Acap kali diterangkan..
Acap kali diingatkan..
Masih sama..
Masih disitu..
Mungkin teguran ini tidak sekeras batu lagi..

Cukup..
Cukuplah mulut ini berkata-kata..
Cukuplah mata ini memerhati..
Cukuplah akal ini berfikir..
Akan dibiarkan terus mengalir tanpa henti..
Akan dilepaskan terus ditiup angin..

Kerna..
Kerna ingin kebebasan..
Akan aku lepaskan jika itu .......Akan terukir senyuman dan terbina kegembiraan....
Akan aku bebaskan tanpa terlontar sebarang kata-kata dari mulut...

Maaf..
Maaf jika terluka...
Maaf jika terasa..
Maaf jika diri keterlaluan..
Maaf atas segala-segalaNYA....................................................................!!!

Monday 4 February 2013

AKU : PEREMPUAN

Coretan kali sambungan dari post yang bertajuk 'AKU' yang lepas.Tapi kali ini aku ingin mencoretkan tentang apa yang aku lihat terhadap kaum hawa yang lebih mudah "PEREMPUAN".Perempuan sering kali akan dikatakan sebagai insan yang lemah.Tapi tidak bermakna kita sebagai lelaki boleh mengambil kesempatan terhadap mereka sesuka hati kerna mereka juga manusia biasa yang mempunyai perasaan dan maruah diri.Dari apa yang aku lihat,aku baca dari ruang-ruang akhbar dan dengar dicorong-corong radio tentang pelbagai kes dan kejadian terhadap kaum wanita seperti mereka  tidak mempunyai perasaan sehingga diperlakukan seperti rupa.Aku bukan ingin menyokong,membanding mahupun menunding kepada sesiapa tapi cuma mengambil tahu dan prihatin terhadap perkara yang menimpa terhadap kaum wanita sekarang kerna aku seorang lelaki.Setiap kali aku membaca ruang-ruang akhbar pasti ada wanita menjadi mangsa ragut,rogol dan sebagainya.Semua yang berlaku dilakukan oleh kaum lelaki yang sepatutnya melindungi kaum-kaum ini bukan mengabil kesempatan terhadap mereka.Aku mencoretkan semua ini bukan untuk mengatakan aku seorang yang baik dan tidak pernah melakukan dosa sekadar mencerita dan pendapat aku.Jika coretan aku kali ini ada yang membuat orang terasa dan tersinggong mahupun tidak puas hati aku mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki..

Wednesday 30 January 2013

AKU......

Disini bukan aku ingin bicara tentang cinta,kemarahan mahupun apa yang biasa aku coretkan didalam blog aku ini. Cuma kali ini aku ingin bicara tentang diri sendiri yang tidak tahu apa  kesudahannya sementara masih bernafas didunia sementara yang dipinjamkan oleh YANG MAHA ESA.Setiap kali aku melabuhkan tubuh keatas tilam didalam bilik aku pasti acap kali akan terlintas apa nasib aku pada keesokkan hari dan hari-hari seterusnya hingga nafas terakhir aku didunia ini.Apabila aku melihat persekitaran sekeliling aku setiap kali aku berjalan-jalan dan melihat nasib,kerenah dan apa yang dikecapi oleh setiap manusia yang aku lihat semua berlainan nasib,kerenah dan kejayaan yang mereka kecapi.Sama seperti aku,apa yang lakukan pasti tidak berjaya seperti rakan-rakan seangkatan lain berjaya.Mungkin ini sudah nasib aku yang sudah diatur oleh YANG MAHA ESA.Aku cuma mampu berusaha dengan gigih supaya aku berjaya seperti mana orang-orang lain yang berjaya.Kadangkala aku juga pernah terfikir,nasib yang aku alami sekarang mungkin sebab dosa-dosa yang aku telah lakukan dan ini balasan untuk aku didunia supaya aku sedar bahawa semua datang,pergi,gagal,berjaya semua datang dariNYA.Aku cuma perlu berdoa dan berusaha jika ingin mendapatkan apa yang aku inginkan didunia sementara ini sebelum semuanya berakhir.

Wednesday 9 January 2013

zina emosi

kebangkitan emosi..
tidak lagi mampu menahan perasan untuk berkata-kata..
segala yang dilontarkan melambangkan kesakitan hati didalam..
mungkin ia tidak dapat memberi lambang yang sebenar kesakitan..
tapi sudah cukup sekadar melepaskannya  untuk seketika..




kini terpancar jelas.

dalam hari ini hati aku sakit.
melihat apa yang aku tak pernah sangka..
tapi hari ini aku baru tahu apa yang aku buang dalam akal ini semua menjadi nyata..

kini terpancar jelas.
hati ini berkecai serta merta melihat apa yang terpapar dihadapan aku..
kepercayaan aku pada selama ini kini makin pudar..
semuaNYA datang dari aku atau pun kau sendiri..
kerna hanya kita berdua yang tahu selain yang Maha esa..





Tuesday 1 January 2013

Seiring Tahun Baru

tahun baru..
tahun akan terus bertukar-tukar bila sudah cukup temponya..
tahun akan terus berubah..
kita juga perlu bertukar juga kepada yang lebih baik dari setiap tahun..
bukan kita terus mundur mahupun kekal ditampok yang sama..
kerana tahun,bulan,masa tidak akan menunggu kita berubah baru akan berganti..
tapi tahun,bulan,masa akan terus bergerak tanpa henti..

kita juga perlu bergerak tanpa henti mencari perubahan dalam kehidupan ini..
jangan pernah kita untuk berhenti mencari kehidupan yang sempurna didunia sementara ini..
setiap perubahan diri kita , semuanya berada ditangan kita sendiri untuk mencoretnya..