Friday, 11 October 2013

berbisik

bila hati mula berbisik
tahkala itu juga hati dan fikiran mula tidak keruan
apa yang dibisikan hingga semua tidak tentu
adakah hanya permainan hati?
adakah hanya firasat ingin berkata-kata?
aku sendiri pun tidak tahu apa yang dibisikan
apa mungkin hati berbisik ingin bertanya
bila lagi ingin berkata-kata?
bila lagi ingin melangkah?
usia semakin tua,masa sudah tidak lama
berapa lama lagi mahu menunggu
hati mula tidak tentu
fikiran makin celaru
aku mula tidak tahu apa yang harus aku lakukan
adakah aku harus terus menunggu?
adakah aku harus tunggu khiamat baru mahu melangkah?
aku terus hanyut dalam fikiran dan hati tiada tuju
bisikan yang punyai maksud tersirat
aku belum temui jawapannya
akan aku pastikan jawapannya akan temui kelak
pasti aku akan dapatkannya
aku pasti
aku pasti
aku pasti

No comments:

Post a Comment