Monday 22 April 2013

Hanya kau

Apabila aku mula-mula melihat kau..
Kepala aku berputar dan masa berhenti..
Sama ada ianya lampu hijau atau lampu merah..
Aku tidak dapat lihat..
Aku tidak perlukan apa-apa lagi..
Hati aku hanya akan ke arah kau..

Aku tidak tahu sebarang peraturan..
Tidak kira apa yang orang kata..
Walaupun mereka terus menghalang aku..
Walaupun aku jatuh..

Walaupun aku menangis..
Jalan aku adalah satu..
Aku tidak perlukan apa-apa lagi..
Hati aku hanya akan ke arah kau..


Kau yang aku cinta..
Aku hanya berlari kepada kau dan memeluk..
Seperti aku hadir..
Tanpa rasa takut..

Aku berlari kepada kau dan memeluk..
Setiap kali aku melihat kecantikan kau..

Aku jatuh hati..
Aku jatuh hati..
Aku jatuh hati..
Aku jatuh hati..
Aku jatuh hati pada kau ......................................

Sunday 21 April 2013

pengorbanan

mungkin perlu ada pengorbanan dalam kehidupan..
walaupun berat untuk menerima segalanya..
mungkin apa yang dikorbankan akan membuat seseorang gembira..
walaupun terpaksa kita menerima dan menanggung kesakitan..
tapi kita akan gembira bila melihat orang yang kita sayang gembira..
walaupun kita sendiri yang terseksa..
biar orang yang kita sayang sentiasa bahagia dan gembira..
jangan pernah membuat meraka sedih..
biarlah kita menanggung kesakitan..
biarlah kita menaggung kesedihan..
tak mengapa...hanya pengorbanan untuk orang kita sayang..
hanya untuk orang kita sayang..
hanya untuk orang kita sayang..

Monday 15 April 2013

bukan kita pinta

Mungkin kita tidak berhubung sementara waktu..
bukan kita pinta semua ini..
tapi keadaan yang memaksa..
aku tidak mampu menerima keadaan ini..
kerna aku merasa kosong tanpa suara dan pesanan ringkas dari kau..
sudah aku cuba menahan dan lari dari perasaan ini untuk sementara..
tapi aku gagal kerna aku sangat rindukan dan sayang pada kau..
membuat hati dan fikiran aku tidak menentu ..
kerna memikirkan kau disana..
aku harap kau juga merasa apa yang aku rasakan sekarang..
harap kau baik-baik sahaja disana..
simpanlah..
ingatlah..
aku dalam hati dan fikiran kau..
walaupun kita berjauhan..
itu yang aku harapkan..

                                                                                                  #anis: i love n miss u so much#

Thursday 4 April 2013

aku benci

aku benci akan semua ini..
aku benci akan apa yang berlaku..
aku benci akan keadaan ini..
aku benci.............aku benci..

kenapa nak seksa aku..?
apa salah aku..?
jahat sangat ke aku ini..??
hingga terseksanya aku sebegini..??

aku benci..
apa lagi yang kau mahu pada aku..?
apa lagi yang kurang?cuba kau cakap.?

jangan kau seksa aku..?
aku tak kuat menahan seksa ini..

aku dah penat main dengan perasaan aku..
jangan kau tampak penat aku..
sudah-sudahlah kau seksa perasaan aku..
aku sudah tiada daya lagi lalui semua seksa kau..
cukup la..sudah la..jangan tambah lagi seksa ini..
tamatkan lah seksa ini..jangan hadir lagi ..
aku benci....aku benci....aku benci...

Mungkin Sudah Penat

Mungkin aku terlalu leka menjaga orang disekeliling aku...Sedangkan aku tidak menjaga perasaan dan hati aku yang sentiasa sakit dan terluka...Tak mengapa la aku akan berkorban untuk orang-orang sekeliling aku supaya mereka sentiasa tersenyum dan gembira..Mungkin ini yang tuhan aturkan untuk aku..Aku redho dengan apa yang diaturkan buat aku diatas dunia sementara ini.....Jika ini takdir aku berikan lah aku sedikit ruang untuk memberi kegembiraan buat hati aku ini..Aku pohon kepadamu berikan la hati ini satu perasaan yang aku tidak penah merasa satu kegembiraan yang sempurna..

Mungkin aku sudah penat........
Berilah aku sedikit ruang dan waktu untuk aku berahat dari semua ini..
Mungkin aku sudah penat.....
Mungkin aku sudah penat.....

Wednesday 3 April 2013

Takdir

Haruskah
aku berbicara dengan hati ini?
aku seksa hati ini?
aku hancurkan segala keinginan hati ini?
aku tipu hati ini?
haruskah semua ini aku lakukan?

Aku bukan manusia yang sempurna untuk menentang segala kehendaknya.
Tapi haruskah aku cuba mengelak untuk melakukannya.
Walaupun terseksa.

Fikiran tidak akan mampu berfikir jika semuanya adalah takdir hidup ini.
Tapi masih bisa mencuba dan mencari sesuatu yang benar bagi meluruskan perjalanan kehidupan ini.
Jika diri ini mampu..

Aku sentiasa redho dan bersyukur kerna memberi peluang aku merasa kehidupan didunia sementara ini.
Walaupun diri ini terlalu leka dibuai keseronokkan dunia.
Diri ini ditelan kehebatan dunia.

Mungkin ini takdirnya.....................

Tuesday 2 April 2013

Harapan

Berharap...
Aku harap semasa aku fikirankan kau,kau juga fikirkan aku..
Aku harap semasa aku ingat pada kau,kau juga ingat pada aku..
Aku harap semasa aku bayangkan kau,kau juga bayangkan aku..
Aku harap semasa aku perlukan kau,kau juga perlukan aku..

Bila..
Bila aku sayangkan kau,aku harap kau pun sama..
Bila aku rindukan kau,aku harap kau pun sama..
Bila aku cintakan kau,aku harap kau pun sama..
Bila aku inginkan kau,aku harap kau pun sama..
 

Aku berharap selagi aku masih disisi kau,kau tidak rasa kesunyian..
Aku berharap selagi aku masih disisi kau,kau tidak rasa kesedihan..
Aku berharap selagi aku masih disisi kau,kau tidak rasa kekecewaan..

Semua ini antara harapan aku dalam hubungan ini..Aku harap iya berlaku..


Monday 1 April 2013

Aku : kesilapan

Salam....
         Kali ini aku hanya mahu bercerita atas pengalaman baru aku dan satu situasi yang tidak perlu ada dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan sehingga mempunyai ikatan yang sah.
         Cerita aku ini bukan rekaan mahu pun direka sesuka hati aku. Tapi cerita ini adalah benar dan aku yang melihatnya sendiri..Apa yang boleh aku lihat dan cerita adalah duduk dalam keadaan seperti suami isteri selama 5 tahun. Apa faedah nya ?? tiada faedahnya baik kahwin terus kalau dah rasa nak hidup seperti suami isteri,tak perlu nak duduk dalam dosa..
          Bila aku bertanya kenapa kau buat semua ini? ini jawapan dan dialoag aku & dia

Aku : kenapa kau buat semua ini?
Dia  : coz aku sayang dia..sebab tu aku buat semua ni
Aku : kenapa kau tak kawin je terus lau suke sama2 suke?
Dia  : emmmmm...(mengelak tuk jawab)
Aku : selain sebab ko sayang dia ,apa lagi sebab kau rela buat macam ni?
Dia  : aku perlukan belaian , aku suka dibelai.

           Antara bualan aku dengan kawan aku 2..haruskah semua ini nak tunjuk kasih sayang kepada pasangan kita..Jika ringan-ringan 2 boleh nak wat perkiraan..Tapi kalau dah macam suami isteri memang dah tak boleh dibuat perkiraan..
           Cukuplah aku ceritakan tentang semua ini..Aku kongsi semua ini bukan nak aib kan si dia mahu sesiapa saja..Aku cuma mahu yang membaca dapat fikirkan perkara di zaman moden ini..Aku bukan la baik sangat nak bercerita tentang orang lain..Jika ada yang terasa aku mohon maaf...