Wednesday 30 January 2013

AKU......

Disini bukan aku ingin bicara tentang cinta,kemarahan mahupun apa yang biasa aku coretkan didalam blog aku ini. Cuma kali ini aku ingin bicara tentang diri sendiri yang tidak tahu apa  kesudahannya sementara masih bernafas didunia sementara yang dipinjamkan oleh YANG MAHA ESA.Setiap kali aku melabuhkan tubuh keatas tilam didalam bilik aku pasti acap kali akan terlintas apa nasib aku pada keesokkan hari dan hari-hari seterusnya hingga nafas terakhir aku didunia ini.Apabila aku melihat persekitaran sekeliling aku setiap kali aku berjalan-jalan dan melihat nasib,kerenah dan apa yang dikecapi oleh setiap manusia yang aku lihat semua berlainan nasib,kerenah dan kejayaan yang mereka kecapi.Sama seperti aku,apa yang lakukan pasti tidak berjaya seperti rakan-rakan seangkatan lain berjaya.Mungkin ini sudah nasib aku yang sudah diatur oleh YANG MAHA ESA.Aku cuma mampu berusaha dengan gigih supaya aku berjaya seperti mana orang-orang lain yang berjaya.Kadangkala aku juga pernah terfikir,nasib yang aku alami sekarang mungkin sebab dosa-dosa yang aku telah lakukan dan ini balasan untuk aku didunia supaya aku sedar bahawa semua datang,pergi,gagal,berjaya semua datang dariNYA.Aku cuma perlu berdoa dan berusaha jika ingin mendapatkan apa yang aku inginkan didunia sementara ini sebelum semuanya berakhir.

Wednesday 9 January 2013

zina emosi

kebangkitan emosi..
tidak lagi mampu menahan perasan untuk berkata-kata..
segala yang dilontarkan melambangkan kesakitan hati didalam..
mungkin ia tidak dapat memberi lambang yang sebenar kesakitan..
tapi sudah cukup sekadar melepaskannya  untuk seketika..




kini terpancar jelas.

dalam hari ini hati aku sakit.
melihat apa yang aku tak pernah sangka..
tapi hari ini aku baru tahu apa yang aku buang dalam akal ini semua menjadi nyata..

kini terpancar jelas.
hati ini berkecai serta merta melihat apa yang terpapar dihadapan aku..
kepercayaan aku pada selama ini kini makin pudar..
semuaNYA datang dari aku atau pun kau sendiri..
kerna hanya kita berdua yang tahu selain yang Maha esa..





Tuesday 1 January 2013

Seiring Tahun Baru

tahun baru..
tahun akan terus bertukar-tukar bila sudah cukup temponya..
tahun akan terus berubah..
kita juga perlu bertukar juga kepada yang lebih baik dari setiap tahun..
bukan kita terus mundur mahupun kekal ditampok yang sama..
kerana tahun,bulan,masa tidak akan menunggu kita berubah baru akan berganti..
tapi tahun,bulan,masa akan terus bergerak tanpa henti..

kita juga perlu bergerak tanpa henti mencari perubahan dalam kehidupan ini..
jangan pernah kita untuk berhenti mencari kehidupan yang sempurna didunia sementara ini..
setiap perubahan diri kita , semuanya berada ditangan kita sendiri untuk mencoretnya..