Tuesday 11 October 2016

Tagisan Batin Ku

Cukup kau lihat gelak tawa ku
Jangan kau cuba lihat tagisan ku
kerna gelak tawa ku semua hanya palsu
Batin ku menagis
Itu yang sebenarnya

Batin ku Menagis


Thursday 8 September 2016

Rintihan

Malam ini air mata aku jatuh membasahi bumi
HancurNya perasaan aku ini bagai kaca jatuh ke bumi
SakitNya hati aku ini bagai dicucuk-cucuk jarum

Semua ini aku rasa sendiri
Semua ini aku pendam
Semua ini aku nikmati
Tiada siapa yang tahu

Titisan air mata ini menjadi tanda
kehancuran hati ini
Titisan air mata in menjadi lambang kesihan aku
Titisan air mata ini menjadi tanda
bahawa aku masih sayang pada Mu

Aku harap
Kesakitan
Kesedihan
Kehancuran hati ini
Akan aku nikmati kebahagian kelak

Saturday 11 June 2016

Tersusuk Dalam Ke Dasar Sekeping Hati
Bila Jawapan Yang Ditulis Dan Dihantar
Pedih Terasa Terlalu Dalam
Luka Sudah Mula Berdarah Laju

Terdiam Sendiri
Terpaku Sendiri
Terkedu Sendiri

Bagai Gelap Dan Hilang Semua 
Bagai Tiada Sudah Nafas Berhembus
Bagai Sudah Mati 

Walaupun Aku Yang Ingin Tahu
Walaupun Aku Memaksa Supaya Memberi Tahu

Jika Sudah Tertulis
Aku Redha
Semua Kehendak Nya
Aku Pasrah
Dengan Ketentuan Nya

Ya Allah Jika Semua Ini Adalah Yang Jalan Terbaik
Aku Redha Dengan Semua Ini
Aku Hanya Makluk Yang Hina Disisi Mu
Aku Mohon Pada Mu .. Supaya Diberi Kekuatan & Ketabahan Bagi Hari-Hari Mendatang 
Agar Aku Kuat Menempuhi NYa. Amin