Thursday, 30 May 2013

Aku : rezeki

Bila berbicara pasal rezeki pasti berbeza-beza setiap manusia.Ada manusia yang bernasib baik dan ada yang tidak bernasib baik.Tapi semua itu atas rezeki masing-masing sudah ditentukan oleh Tuhan.Kita sebagai hambanya hanya perlu redho dengan setiap pemberian yang diberi.Sedikit mahupun banyak kita harus bersyukur dengan rezeki yang limpahkan kepada kita.Jangan kita pernah dengki pada orang yang diberi rezeki yang banyak sedangkan kita hanya diberi sedikit.Semuanya sudah disusun oleh Tuhan untuk setiap umatNYA dan diberi yang terbaik.Jika hari ini kita diberi rezeki yang banyak , jangan pernah kita leka dan lalai ditelan kemewahan diberi sehingga lupa kepadaNYA.Jika hari ini kita diberi rezeki yang sikit , kita jangan putus asa dan kita harus gigih berusaha dan berdoa padaNYA supaya dimurahkan rezeki didunia akhirat.Insya Allah.

Thursday, 23 May 2013

Aku : Dosa

Aku mungkin nampak seperti ini..
Aku penuh dengan dosa masa silam dan masa sekarang..
umpama darah yang mengalir ditapak tangan dan tidak boleh dihilangkan..
darah yang kekal ditapak tangan dan tidak akan hilang selagi tidak dibasuh dengan sempurna..
sama seperti dosa yang telah aku lakukan selama aku hidup dimuka bumi ini..
mungkin ini semua untuk masa sekarang dan masa silam aku..
aku tidak tahu masa kelak aku ini seperti mana..
aku sentiasa berdoa akan diberikan kesempatan untuk mencuci darah kotor yang kekal ditapak tangan aku selama ini..
aku sentiasa percaya yang tuhan maha adil..
pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku terhadap aku sekarang.
aku redho atas semua ini..

mungkin segala kesakitan yang aku rasa dan alami selama ini balasan atas segala dosa aku..
aku redho atas semua ini..

Terima kasih padaMU tuhan jika ini yang terbaik untuk aku..
Aku terima dengan hati terbuka apa yang telah engkau aturkan untuk umatMu yang tidak sempurna ini..
Terima kasih kepadaMU ya Allah S.W.T