Sunday 26 October 2014

;(

terguris bila disentuh soal duit
terluka bila berbicara soal duit
terlalu sensitif jika dipersoalkan soal duit
tersentuh dikatakan banyak duit

berbicara apa saja yang kau mahu
berkata-kata lah apa saja yang kau mahu
kerana aku sejak azali lagi dilahirkan dalam keluarga biasa
kerana aku sejak azali lagi dilahirkan dalam keluarga yang tidak kaya
kerana aku sejak azali lagi dilahirkan dalam keluarga yang susah
aku sudah diajar sejak azali lagi supaya berusaha sendiri jika mahu sesuatu
jangan pernah bergantung dengan orang lain

aku tidak meminta 
aku tidak sesekali menyusahkan orang lain
aku kerah kuderat sendiri untuk semua ini
aku tahu rezeki tuhan yang menentukan

tidak mengapa buruk
tidak mengapa lambat
tidak mengapa murah
tidak mengapa kecik
tidak mengapa tidak cantik
kerana semua sudah ditentukan 

# hampir 4 tahun masih lagi begini #



Sunday 28 September 2014

ketika berjauhan,jangan terasa jauh..
ketika gelap,jangan terasa kelam..
ketiada dihadapan,jangan terasa kehilangan..
ketika jatuh,jangan putus asa untuk bangun...

kerna segalanya hanya sementara..
kerna segalanya hanya ujian..
kerna segalanya hanya ilusi emosi..
kerna segalanya hanya satu perjalanan..




Tuesday 12 August 2014

Lama Dan Baru

lama dan baru
ada tersirat antara nya..
lama..
tidak selalu benar..

tidak selalu salah..
ada tersirat..
baru ..
tidak selalu benar..
tidak selalu salah..
ada tersirat..
jangan terlalu emosi..
jika yang lama merasa benar..
jangan terlalu ego..
jika yang lama merasa benar..
jangan terlalu yakin ..
kerna  yang baru juga ada tersirat..
kerna yang baru juga ada tersurat..

#ingat kita bukan sempurna#


Saturday 24 May 2014

Jangan hina

Jangan hina
jika tidak tahu apa-apa

kerna kami saja yang tahu

Jangan hina
walaupun buruk bagi kau
tapi bernilai bagi kami

setiap orang ada cita rasa
tapi jangan pernah menghina cita rasa orang lain
kerna itu pilihan mereka



Thursday 3 April 2014

Celaru

Hujan lebat turun membasahi bumi
aku pula masih lagi mencari jalan keluar
dari pemikiran yang tidak lagi tenang
seperti air hujan yang tenang turun kebumi
apa yang aku fikirkan
aku kurang pasti
kenapa semua ini bermain didalam fikiran 
adakah ini hanya sementara
mahu pun akan kembali dengan kerap
aku sendiri tidak tahu

Hujan makin lebat diluar sana
aku terbaring diatas tilam yang usang
memikirkan kenapa semua ini terjadi
adakah hanya kebetulan
atau pun aku yang tidak terkawal akal dan emosi
aku sendiri kurang pasti

Hujan mula reda
aku masih lagi mencari punca
mengapa secara tiba-tiba aku begini
sedangkan tidak perlu berlaku
aku sendiri kurang pasti
apa puncanya

Hujan mula berhenti membasahi bumi
aku sudah hampir menemui pencari
mengapa semua ini berlaku
walaupun aku kurang pasti

semua ini berlaku kerana
emosi
perasaan


Thursday 20 March 2014

Aku : Remember

jika kau berpakaian kemas 
tidak semestinya kau sempurna
jika kau berpakaian selekeh
tidak semestinya kau tidak sempurna

jika engkau memandang hina kepada orang lain 
kau lagi hina dari orang yang kau  hina
kita jangan pernah merasa diri kita ini sempurna 
kerana kita ini semua manusia biasa

aku berbicara sebegini 
bukan niat aku untuk menunding jari pada siapa-siapa
ini juga peringatan pada diri aku sendiri
kerana aku juga manusia biasa yang tidak lari melakukan dosa
tahkala kita leka akan kemewahan dunia
tahkala kita lalai akan keseronokan dunia
kerana itu semua permainan dunia yang akan membuat kita leka
kita perlu berwaspada akan setiap yang kita lakukan 
jangan pernah hanyut dalam keseronokan yang hanya sementara
kerana kelak memusnahkan diri kita..

SAMA

Apa yang aku pandang
Apa yang aku lihat

Apa yang aku tenungkan
Apa yang aku perhatikan
Ada gelagat dan tingkah-laku setiap manusia yang pelbagai
Tapi apa yang pasti semua punyai perasaan

Bagi aku tiada apa pada
Nama
Pangkat
Darjat
Kaya mahu pun miskin
Kerana bagi aku semua itu tiada erti
Kerana kita  yang ada didunia ini 
Adalah sama.....makluk ciptaan yang maha esa

Monday 17 February 2014

Aku : peringatan diri sendiri

semakin banyak aku bermain dengan kata-kata
semakin banyak kata-kata yang memakan diri aku
adakah semua ini sudah menjadi takdir kepada aku
adakah ini satu perjalanan cerita kehidupan aku didunia ini
semua ini adalah rahsia dan kuasa illahi

setiap apa yang aku lakukan,aku harap semuanya ke arah kebaikan
setiap langkah aku,aku harap semua ke arah kebenaran
tapi aku manusia biasa yang selalu lalai akan permainan dunia
tapi aku tidak akan jadikan itu satu alasan untuk aku lakukan dosa
akan aku ingat dan pahatkan pada kehidupan ini

Esok masih ada kata mereka
Tapi kita jangan lupa
tiada siapa tahu apa yang berlaku masa hadapan
akan aku susun hidup ini
kerna esok belum tahu
hidup atau pupus
hanya dia yang Esa.

Wednesday 1 January 2014

Aku : Disebalik cerita tahun 2013

2013
sudah banyak aku lalui di tahun 2013..Aku merasa jatuh dan naik dengan penuh bererti sekali dalam hidup aku sendiri.Aku juga merasakan 2013 adalah tahun yang gelap bagi aku yang tidak bekerja sepanjang tahun 2013 yang baru saja melabuh tirai.Walaupun aku tidak bekerja,aku tidak meminta kepada sesiapa untuk memberi wang saku untuk aku pergi kemana-mana malah untuk aku membeli keperluan aku sendiri.Allah s.w.t sentiasa membantu umatNYA yang dalam kesusahan.Alhamdulillah dengan izinNYA aku telah berjinak-jinak dalam bisnes online bagi mencari wang saku dan menanggung perbelanjaan sepanjang tahun.Apa yang berlaku sepanjang tahun 2013 banyak memberi pengalaman dan mengajar erti kehidupan yang sebenar dan membuat aku menjadi lebih matang.





SELAMAT TINGGAL 2013 YANG PENUH DENGAN CERITA SUKA DUKA.
SELAMAT DATANG 2014 YANG BELUM TAHU BAGAIMANA CERITA DISEBALIKNYA