Wednesday, 1 January 2014

Aku : Disebalik cerita tahun 2013

2013
sudah banyak aku lalui di tahun 2013..Aku merasa jatuh dan naik dengan penuh bererti sekali dalam hidup aku sendiri.Aku juga merasakan 2013 adalah tahun yang gelap bagi aku yang tidak bekerja sepanjang tahun 2013 yang baru saja melabuh tirai.Walaupun aku tidak bekerja,aku tidak meminta kepada sesiapa untuk memberi wang saku untuk aku pergi kemana-mana malah untuk aku membeli keperluan aku sendiri.Allah s.w.t sentiasa membantu umatNYA yang dalam kesusahan.Alhamdulillah dengan izinNYA aku telah berjinak-jinak dalam bisnes online bagi mencari wang saku dan menanggung perbelanjaan sepanjang tahun.Apa yang berlaku sepanjang tahun 2013 banyak memberi pengalaman dan mengajar erti kehidupan yang sebenar dan membuat aku menjadi lebih matang.





SELAMAT TINGGAL 2013 YANG PENUH DENGAN CERITA SUKA DUKA.
SELAMAT DATANG 2014 YANG BELUM TAHU BAGAIMANA CERITA DISEBALIKNYA