Wednesday 20 February 2013

Hanya Insan Biasa

Sudah...
Sudah berkali-kali berkata..
Sudah ditegur berkali-kali..
Masih ditampok lama..
Mungkin kata-kata ini tidak sebisa ular lagi..

Acap kali...
Acap kali diterangkan..
Acap kali diingatkan..
Masih sama..
Masih disitu..
Mungkin teguran ini tidak sekeras batu lagi..

Cukup..
Cukuplah mulut ini berkata-kata..
Cukuplah mata ini memerhati..
Cukuplah akal ini berfikir..
Akan dibiarkan terus mengalir tanpa henti..
Akan dilepaskan terus ditiup angin..

Kerna..
Kerna ingin kebebasan..
Akan aku lepaskan jika itu .......Akan terukir senyuman dan terbina kegembiraan....
Akan aku bebaskan tanpa terlontar sebarang kata-kata dari mulut...

Maaf..
Maaf jika terluka...
Maaf jika terasa..
Maaf jika diri keterlaluan..
Maaf atas segala-segalaNYA....................................................................!!!

Monday 4 February 2013

AKU : PEREMPUAN

Coretan kali sambungan dari post yang bertajuk 'AKU' yang lepas.Tapi kali ini aku ingin mencoretkan tentang apa yang aku lihat terhadap kaum hawa yang lebih mudah "PEREMPUAN".Perempuan sering kali akan dikatakan sebagai insan yang lemah.Tapi tidak bermakna kita sebagai lelaki boleh mengambil kesempatan terhadap mereka sesuka hati kerna mereka juga manusia biasa yang mempunyai perasaan dan maruah diri.Dari apa yang aku lihat,aku baca dari ruang-ruang akhbar dan dengar dicorong-corong radio tentang pelbagai kes dan kejadian terhadap kaum wanita seperti mereka  tidak mempunyai perasaan sehingga diperlakukan seperti rupa.Aku bukan ingin menyokong,membanding mahupun menunding kepada sesiapa tapi cuma mengambil tahu dan prihatin terhadap perkara yang menimpa terhadap kaum wanita sekarang kerna aku seorang lelaki.Setiap kali aku membaca ruang-ruang akhbar pasti ada wanita menjadi mangsa ragut,rogol dan sebagainya.Semua yang berlaku dilakukan oleh kaum lelaki yang sepatutnya melindungi kaum-kaum ini bukan mengabil kesempatan terhadap mereka.Aku mencoretkan semua ini bukan untuk mengatakan aku seorang yang baik dan tidak pernah melakukan dosa sekadar mencerita dan pendapat aku.Jika coretan aku kali ini ada yang membuat orang terasa dan tersinggong mahupun tidak puas hati aku mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki..