Monday 29 October 2012

tunding

sana,sini,kiri,kanan,atas,bawah 
semua ditunding
tiada satu terlepas dari jari-jemari
kenapa?
semua harus ditunding kepada orang lain
kenapa?
tidak cermin diri sendiri sebelum menunding
apa?
sudah cukup hebat diri sendiri
hingga semua ditunding pada orang lain
kemana hebatnya 
kemana sempurnanya
hingga membabi buta menunding jari jemari kepada orang lain

Friday 5 October 2012

tidak mengapa

Aku.
mungkin dianggap seorang yang menyusahkan
mungkin dianggap seorang yang tidak berapa penting
mungkin atas alasan aku tidak seberapa 
mungkin atas alasan tidak berpelajaran tinggi
mungkin atas alasan aku hanya membawa masalah

Kau.
kau yang buat masalah,aku dipersalahkan
kau yang memulakan,aku dikatakan yang memulakan
kau yang salah,tapi masih aku dikatakan salah

Apa?
apa bezanya kau dengan aku?
jika semua yang kau buat,aku dipersalahkan.
apa lebihnya kau dengan aku?
jika kau buat salah,aku dipersalahkan.
apa hebatnya kau dengan aku?
kalau semua yang kau buat aku yang menjadi mangsa.

Mungkin
mungkin aku tiada apa nak dibanggakan berbanding kau
mungkin aku kosong berbanding kau
mungkin aku tiada makna berbanding kau

tak mengapa,aku faham apa yang berlaku,aku kene kuat,redho,tabah.
aku tidak boleh menagis,kerna semuanya sudah tertulis .aku hanya perlu teruskan berjalan hingga sampai penghujungnya.

#seorangpun tidak mengapa kerna aku masih ada lagi pencipta aku.#

Tuesday 2 October 2012

kali & saat

kali ini akan aku buka akal fikiran
supaya semua bisa mendapat kepuasan
supaya semua bisa membuat keputusan
kerna kali  ini aku tidak akan lagi memaksa
kerna kali ini aku akan berikan kebebasan untuk membuat pilihan
kerna kali ini sudah tiada lagi paksaan dari diri aku

kali ini akan aku berdiam diri
supaya tiada lagi yang terluka
supaya tiada lagi yang terasa
kerna saat ini aku tidak ingin lagi ada yang memendam perasaan 
kerna saat ini aku tidak ingin lagi ada yang menyimpan kebencian
kerna saat ini sudah tidak akan ada makian dari aku

#biar seketika terhenti supaya dapat mencari ketenangan dan kedamaian sebelum kembali semula meneruskan perjalanan yang lama#