Friday 5 October 2012

tidak mengapa

Aku.
mungkin dianggap seorang yang menyusahkan
mungkin dianggap seorang yang tidak berapa penting
mungkin atas alasan aku tidak seberapa 
mungkin atas alasan tidak berpelajaran tinggi
mungkin atas alasan aku hanya membawa masalah

Kau.
kau yang buat masalah,aku dipersalahkan
kau yang memulakan,aku dikatakan yang memulakan
kau yang salah,tapi masih aku dikatakan salah

Apa?
apa bezanya kau dengan aku?
jika semua yang kau buat,aku dipersalahkan.
apa lebihnya kau dengan aku?
jika kau buat salah,aku dipersalahkan.
apa hebatnya kau dengan aku?
kalau semua yang kau buat aku yang menjadi mangsa.

Mungkin
mungkin aku tiada apa nak dibanggakan berbanding kau
mungkin aku kosong berbanding kau
mungkin aku tiada makna berbanding kau

tak mengapa,aku faham apa yang berlaku,aku kene kuat,redho,tabah.
aku tidak boleh menagis,kerna semuanya sudah tertulis .aku hanya perlu teruskan berjalan hingga sampai penghujungnya.

#seorangpun tidak mengapa kerna aku masih ada lagi pencipta aku.#

No comments:

Post a Comment