Tuesday 18 December 2012

Arah

ke kanan ada masalah..
ke kiri ada masalah..
ke atas ada masalah..

ke bawah ada masalah..
semua arah ada masalah..

ke kanan terasa sakit..
ke kiri terasa sakit..
ke atas terasa sakit..
ke bawah terasa sakit..
semua arah terasa sakit..


tiada tempat untuk lari daripada masalah mahupun rasa sakit..
harus hadapi dan tempuh walaupun terasa sakit dan bermasalah..
tabah dan kuatkan hati ini untuk tembuh segalanya supaya tidak akan ada sakit dan masalah selepas itu..


setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya..
setiap kesakitan pasti ada penawarnya..


Thursday 13 December 2012

Story

Satu perjalanan cerita kehidupan yang tidak akan pernah lari dari jatuh,bangun,turun,naik kerana itulah perjalanan kehidupan kita semua didunia ini...Mungkin kadang-kadang kita akan cemburu,terasa dan ada sedikit perasaan dengki bila melihat orang yang disekeliling kita berjaya dalam kehidupan mereka dan kadang-kadang kita akan ada perasaan sedih,kesian bila melihat orang disekeliling kita yang tidak berjaya,naif dan gagal dalam kehidupan mereka sendiri..Semua yang kita lihat adalah satu perjalanan manusia yang telah diatur oleh maha pencipta(Allah s.w.t)..Mungkin hari ini kehidupan kita tidak seberapa tapi Allah s.w.t bukan menyeksa ataupun tidak sayang pada umatnya tetapi ada sebaliknya mengapa Allah s.w.t mengatur perjalanan kehidupan kita seperti ini...Janganlah berputus asa dalam kehidupan yang hanya cuma sekali kita akan merasa...


#setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..#

Tuesday 13 November 2012

365

365..
365 hari aku & kau bersama..
365 hari aku & kau bergelak ketawa bersama..
365 hari aku & kau berduka bersama..
365 hari aku & kau penuh dengan cerita yang suka & duka tapi kita masih bersama..
365 hari aku & kau disatukan bersama oleh Allah s.w.t

aku bersyukur terhadap ilahi kerana memberi ruang kepada aku & kau bersama hingga sekarang..
aku berharap aku & kau akan berkekal singgah akhir hayat kita bersama..

#ya Allah s.w.t berikan lah kami ruang dan waktu untuk terus bersama hingga akhir hayat kami..amin#

Friday 2 November 2012

situasi

situasi 1
seorang berpakaian copang camping
berjalan dikhalayak ramai dipandang aneh orang sekeliling
bila mahu bertanya di kauter pertanyaan dilayan bagai sampah

situasi 2
seorang yang berpakaian kemas
berjalan dikhalayak ramai dipandang dan disertakan senyuman 
bila mahu bertanya di kauter pertanyaan dilayan bagaikan raja

bukan untuk membezakan atau untuk menghina mahu menunding
tapi apa bezanya orang kaya dan  miskin
mereka semua manusia
tidak perlu ada sempadan bagi orang miskin mahupun orang kaya
kerna mereka semua makhluk ALLAH s.w.t 
tidak semestinya cantik luaran didalamnya juga cantik seperti luaran dan tidak semestinya luaran kotor didalamnya juga kotor

#jangan pernah menilai orang dari luaran#

Monday 29 October 2012

tunding

sana,sini,kiri,kanan,atas,bawah 
semua ditunding
tiada satu terlepas dari jari-jemari
kenapa?
semua harus ditunding kepada orang lain
kenapa?
tidak cermin diri sendiri sebelum menunding
apa?
sudah cukup hebat diri sendiri
hingga semua ditunding pada orang lain
kemana hebatnya 
kemana sempurnanya
hingga membabi buta menunding jari jemari kepada orang lain

Friday 5 October 2012

tidak mengapa

Aku.
mungkin dianggap seorang yang menyusahkan
mungkin dianggap seorang yang tidak berapa penting
mungkin atas alasan aku tidak seberapa 
mungkin atas alasan tidak berpelajaran tinggi
mungkin atas alasan aku hanya membawa masalah

Kau.
kau yang buat masalah,aku dipersalahkan
kau yang memulakan,aku dikatakan yang memulakan
kau yang salah,tapi masih aku dikatakan salah

Apa?
apa bezanya kau dengan aku?
jika semua yang kau buat,aku dipersalahkan.
apa lebihnya kau dengan aku?
jika kau buat salah,aku dipersalahkan.
apa hebatnya kau dengan aku?
kalau semua yang kau buat aku yang menjadi mangsa.

Mungkin
mungkin aku tiada apa nak dibanggakan berbanding kau
mungkin aku kosong berbanding kau
mungkin aku tiada makna berbanding kau

tak mengapa,aku faham apa yang berlaku,aku kene kuat,redho,tabah.
aku tidak boleh menagis,kerna semuanya sudah tertulis .aku hanya perlu teruskan berjalan hingga sampai penghujungnya.

#seorangpun tidak mengapa kerna aku masih ada lagi pencipta aku.#

Tuesday 2 October 2012

kali & saat

kali ini akan aku buka akal fikiran
supaya semua bisa mendapat kepuasan
supaya semua bisa membuat keputusan
kerna kali  ini aku tidak akan lagi memaksa
kerna kali ini aku akan berikan kebebasan untuk membuat pilihan
kerna kali ini sudah tiada lagi paksaan dari diri aku

kali ini akan aku berdiam diri
supaya tiada lagi yang terluka
supaya tiada lagi yang terasa
kerna saat ini aku tidak ingin lagi ada yang memendam perasaan 
kerna saat ini aku tidak ingin lagi ada yang menyimpan kebencian
kerna saat ini sudah tidak akan ada makian dari aku

#biar seketika terhenti supaya dapat mencari ketenangan dan kedamaian sebelum kembali semula meneruskan perjalanan yang lama#

Wednesday 26 September 2012

Belajar

Aku..
aku perlu merasa kehidupan keseorangan
supaya aku tahu erti bila keseorangan
supaya aku tahu bagaimana rasa apabila keseorangan

Aku..
aku perlu belajar untuk hidup keseorangan
supaya aku tidak janggal apabila keseorangan kelak
supaya aku tidak kekok apabila berada keseorangan kelak

Aku..
aku perlu merasai kehidupan keseorangan
supaya aku tidak merasa kesunyian bila keseorangan
supaya aku tidak merasa sedih bila keseorangan

#aku perlu belajar dan merasa kehidupan seorang diri,supaya aku tahu erti dan merasa kehidupan keseorangan apabila di sesiapa disekeliling aku kelak#

Friday 14 September 2012

baru kini aku tahu

adakah ini semuanya
sakit,pedih,luka yang aku lalui ini adalah derita
derita yang tidak pernah aku mengerti

derita 
sukar dapat aku gambarkan dengan kata-kata
kerna hanya aku dapat rasa apa itu derita yang aku alami
derita ini tidak akan ada yang mengerti

mengerti
mungkin kini baru mengerti 
apa yang aku rasakan selama ini
adalah derita yang tidak siapa tahu

manisku kau pahitkan hati aku
segala kemanisan yang ingin aku berikan
semuanya kau pahitkan
apa lagi yang tinggal 
hanya kepahitan yang tinggal

baru aku tahu 
ertinya semua
yang aku rasa selama ini
aku tak mengerti
sedangkan kau tahu apa itu derita
yang selama ini aku rasa
tapi kau hanya diam dan terus mendiam
membiarkan aku terus derita 
kerna aku sendiri tidak tahu apa erti derita yang sebenar..



Saturday 8 September 2012

Langkah

Selangkah demi selangkah
langkah aku mati
mati tanpa sebab
mungkin sudah tiada daya lagi..

Selangkah demi selangkah
langkah aku hilang
hilang entah kemana
mungkin tiada makna lagi..

Selangkah demi selangkah
langkah aku menjadi kaku
kaku tiada sebab
mungkin sudah masanya untuk berhenti..

aku ingin melangkah seperti mana air laut dan pantai yang tidak pernah berhenti mengalir
dan tidak pernah berhenti membentuk ombak-ombak yang indah...

#laut dan pantai memberi ispirasi dan ketenangan hati ini#

Friday 7 September 2012

dont give up

berhenti sebelum tamat..
bukan itu cara untuk berjaya..
tapi..
terus maju hingga sisa terakhir..
itu cara untuk berjaya..

Wednesday 22 August 2012

Keseorangan

keseorangan
aku berjalan tanpa arah tuju
aku sentiasa berfikir kemana arah tuju
adakah aku akan menemui arah tuju yang indah
semua itu tidak aku tahu jawapannya
keseorangan
aku termenung mengenang diri ini
aku berfikir kemana diri ini ingin pergi
adakah diri ini sudah ada arah tuju nya
semua itu tidak aku tahu jawapannya
keseorangan
aku mengenang apa yang dilakukan selama ini
aku berfikir apa diri ini benar
adakah semua yang telah aku lakukan dalam hidup ini semuanya benar
semua bermain di akal fikiran yang tidak penah berhenti berfikir

keseorangan membuatkan aku sentiasa berfikir dan belajar dari segala pengalaman yang telah dilalui walaupun aku tidak tahu apa jawapan yang aku temui..


Thursday 16 August 2012

biar bersama

ukiran senyuman yang kau berikan
buatkan aku tersenyum bersama
gelak tawa yang kau berikan
buatkan aku tertawa bersama

kesedihan yang kau alami
buatkan aku tidak tentu arah
kemurungan yang kau persembahkan
buatkan aku jadi tanda tanya

semua ini akan mengubah fikiran aku
semua ini akan mengubah suasana kehidupan aku
pahit,manis,tangis,tawa
semua aku rasainya saat kita bersama
semuanya akan aku jadi pelangi yang akan menyinari hari

Tuesday 24 July 2012

malam

malam...
hilang segala suasana yang penuh kesesakkan hari siang
malam sunyi membawa kekosongan dalam jiwa
tiada lagi yang ingin mengisi kekosongan 
seperti pada hari siang yang penuh keriangan
mungkin malam akan menelan segala keriangan 
jiwa  yang kosong akan menjadi raja

#sunyi akan tiba#

Wednesday 18 July 2012

Loading............

makin berbunyi
makin menyakitkan
makin mendiam
makin bercelaru
mana satu
semua mengelirukan
adakah semuanya harus ditinggalkan 
biar semua puas
tiada sengsara yang lahir
adakah ini penamatNYA.

Wednesday 11 July 2012

sangsi

begitu pantas keadaan berubah..
walaupun baru seketika bersuara..
tapi bagaikan tiada erti suara yang dikeluarkan..
adakah suara ini sudah tiada erti..
jika benar..
katakan saja..
biar suara ini tidak lagi kedengaran diliang telinga..
biar suara ini terus hilang dibawa masa..
bila suara ini sudah tiada ..
pasti akan membawa era baru..
era yang di ingini..

#hilang dan terus hilang#

Friday 29 June 2012

bahagia bukan derita

bukan ini yang aku mahukan
aku mahukan kebahagiaan bukan derita
sudah tiada kekuatan lagi diri ini mencari kebahagiaan
kerna derita sentiasa menghantui diri ini
tapi akan terus mencari cahaya kebahagiaan 
walaupun sukar akan aku usahakan 
biar aku tidak terperangkap dalam derita ini
sakit,pahit,jatuh akan aku cari semua cahaya kebahagiaan 
untuk diri ini dan orang disekeliling aku
biar mereka sentiasa gembira 
walaupun aku derita..

perasaan

perasaan bukan satu mainan
sekali ia teguris 
sukar diubati
kerna perasaan satu yang cukup sensitif

kata

bila kata-kata sudah layu dan tidak berkuasa
tiada apa lagi mampu untuk dikatakan
kerna yang terkeluar dan terlafaz sudah tidak bererti




Wednesday 13 June 2012

Berliku

perjalanan hidup yang punyai erti tersurat dan tersirat
hidup ini tatkala berada diatas dan tatkala dibawah
mungkin peringatan daripadaNYA pada hamba-hambanya
supaya tidak terlalu leka dan tamak jika berada diatas
dan tidak berputus asa jika berada dibawah.

Wednesday 9 May 2012

1 lukisan

Lukisan...
bila diwarnakan pasti akan menjadi menarik...
bila ditambah lagi pelbagai warna pasti cantik..
sama seperti warna-warni pelangi..
bila menjiwai sesuatu lukisan pasti akan menemui satu jalan cerita..
bila dapat memahami jalan cerita dari sesuatu lukisan pasti indah..
sama seperti cinta..
jika kita mampu mewarnai perhubungan cinta kita pasti menarik...
jika kita mampu menambahkan warna dalam hubungan cinta kita pasti cantik..
sama seperti lukisan..
lagi banyak warna,lagi cantik lukisan yang dilukis..
jika kita mampu menjiwai perhubungan cinta kita pasti akan menjadi jalan cerita yang menarik..
jika kita dapat memahami apa yang kita inginkan dalam perhubungan cinta kita pasti akan indah..
sama seperti lukisan..


Sunday 22 April 2012

Belajar & Usaha

bila kita gagal tidak bermakna kita akan terus gagal selama-lamanya
jika kita belajar dan usaha dari kegagalan  pasti kejayaan menungggu kita
jika kita tidak belajar dan usaha apabila kita gagal
kegagalan akan menunggu kita kelak

kegagalan sekali tidak bermakna gagal selamanya
belajar dan usaha pasti memberi kejayaan kelak..

Wednesday 4 April 2012

Maafkan diri ini

Maafkan diri ini
maafkan diri ini
kerna selalu menyakitkan
angkuh,takbur,pentingkan diri sendiri
membuat aku ditelan kemarahan tanpa sebab
menjadi mangsa diri mu
maafkan diri ini
kerna selalu memaksa
baran,tidak sabar
membuat aku hilang pertimbangan
menjadi mangsa diri mu
maafkan diri ini
kerna selalu memarahi diri mu
walaupun hanya perkara kecil
walaupun perkara sudah berlalu
walaupun perkara yang tidak pasti
maafkan diri ini
yang terlalu lemah dan hanya ingin menang
tidak pernah memberikan peluang untuk diri mu
meluahkan apa yang ingin diluahkan dari mu
maafkan diri ini
maafkan diri ku ini

Wednesday 28 March 2012

Kembali

biarkan semua menyakitkan diri aku 
kerna semua itu untuk melunaskan segalanya
tidak akan sekali aku menyalahkan sesiapa
kerna semua itu pembalasan atas yang telah aku lakukan
biarkan semua itu menyesak diri aku
biarkan semua berdarah kembali
biarkan diri ini kembali pada dunia yang dulu
kerna sudah tiada apa lagi  didunia kini
semuanya akan menyesakkan diri ini.

#sudah tiada apa lagi#

Saturday 24 March 2012

hanya sia-sia

mana silapnya..
kerna sering diperlekehkan
semua pengorbanan selama ini
hanya sia-sia
semuanya pengorbanan yang diberi
dibuat seperti sampah sarap 
semuanya dibuat seperti tiada nilai

kini sudah tiada lagi harapan untuk diharapkan
kerna itu hanya sia-sia
semua hanya kepahitan tiada kemanisan dihujungnya
semua itu tidak mampu lagi ditelan
kerna sudah terlalu lemah untuk itu
biarlah ianya menghukum diri ini
kerna semuanya kepahitan

Thursday 22 March 2012

Hilang

putus..
hilang..
akal fikiran aku ..
memikir semua ini..
hingga lahir satu perasaan..
perasaaan "putus asa" ..
putus asa untuk memikirkan jalan penyelesaian semua yang berlaku..
putus asa untuk meneruskan hidup ini..
takkala lahir dan timbul dalam akal fikiran yang lemah ini..
haruskah aku lari dari semua ini??
haruskan aku biarkan semua ini berlalu sendirian??

#tuhan berikanlah kekuatan kepada hamba Mu ini untuk menjalani semua ini #

Wednesday 21 March 2012

Keseorang tanpa segalanya

mungkin malam ini aku akan keseorang
kerna bintang dan bulan tidak lagi menemani
kerna mereka tidak lagi mampu menemani hati yang pilu ini

mungkin aku perlu menghadapi semua ini
berzina dengan malam-malam tanpa bulan dan bintang
berzina dengan hati yang keruan ini

Wednesday 14 March 2012

4 Bulan , 18 Minggu , 126 Hari

4 bulan
18 minggu
126 hari
sudah kita bersama..
pelbagai kita harungi bersama..
pahit,manis,suka,duka..
sudah kita rasai bersama..
harap apa yang telah terjadi dapat kita jadikan sebagai pengalaman..
bagi mematangkan diri kita untuk menjalani kehidupan ini..

#setiap yang berlaku dalam kehidupan ini pasti ada hikmah#

Saturday 3 March 2012

hilang

hilang semuanya 
sudah tiada lagi 
bintang yang berkelip pada malam-malam aku 
kini sudah tiada
sudah hilang meninggalkan aku keseorangan
keseorangan tanpa sedikit cahaya
dalam kegelapan malam aku
aku mengharapkan bintang berkelip kembali
kembali meneragi malam-malam aku
tapi semua itu hanya harapan menggunung
kerna semua itu sudah tiada
sudah tidak akan berkelip
aku akan terus ditelan kegelapan malam...

#tiada lagi kelipan bintang untuk malam-malam aku#

Friday 2 March 2012

sudah tiada

ketika kegembiraan hadir
semua ingin berkongsi bersama
apabila kesakitan dan kesedihan hadir
sedikitpun tidak dipeduli
semuanya ditinggal bagai sampah sarap
semuanya ditinggal bagai satu beban
semuanya ditinggalkan serta merta
penuh dengan alasan jika ditanya
mengapa ?
penuh dolak dalik akan dilemparkan
mungkin semua yang ada sudah tiada makna lagi.

Thursday 1 March 2012

Kegembiraan dan tagisan bersama

ukiran senyuman yang kau berikan
buatkan aku tersenyum bersama
gelak tawa yang kau berikan
buatkan aku tertawa bersama

kesedihan yang kau alami
buatkan aku tidak tentu arah
kemurungan yang kau persembahkan
buatkan aku jadi tanda tanya

semua ini akan mengubah fikiran aku
semua ini akan mengubah suasana kehidupan aku
pahit,manis,tangis,tawa
semua aku rasainya saat kita bersama
semuanya akan aku jadikan pelangi yang akan menyinari hariku

Tuesday 28 February 2012

DUIT

duit
org sanggup menipu
duit
org snggup membunuh
duit
org sggup mengkhianat
duit
org snggup mencuri
duit
segalanya membuat seseorg menjadi
lali,lalai,taksub,bongkak,kejam
duit
menyebabkan berlakunya penindasan
menyebabkan berlakunya kematiaan
menyebabkan berlakunya huru-hara
segalanya berlaku disebabkan duit
duit adalah syaitan
kerna duit manusia sanggup lakukan apa saja
tidak mengira siapa,dimana
pasti akan dilakukan
semuanya kerna duit

Monday 27 February 2012

Diskriminasi

terduduk aku
mengenangkan kepayahan perjalanan hidup ini
kerna selama ini tidak aku rasa
pelbagai aku lihat
gelagat manusia yang pelbagai
tidak terbaca aku tindak balas yang akan diberi
tidak tercapai akal aku memikirkannya
kerna ada manusia yang mendiskriminasi
mengapa semua ini harus ada
sedangkan kita semua sama
tidak ada beza
semuanya inginkan kehidupan yang sempurna
tidak ada yang ingin kehidupan yang gelap
kenapa
kenapa
adanya penindasan kepada golongan bawahan
kepada
mereka semua manusia
mereka juga mahukan kebebasan
kenapa harus menindas
kerna mereka miskin
kerna mereka tiada duit
kerna mereka tiada pendidikan
semua itu bukan alasan untuk menindas mereka
tidak semua yang kemas adalah baik
dan tidak semua yang selekeh jahat
semua manusia ada kehidupan dan cara mereka sendiri
tidak perlu mendiskriminasikan semua ini

Wednesday 1 February 2012

rahmat tiada nilainya

hujan..
rahmat yang tidak ternilai dariNYA
walaupun ia boleh menjadi bencana
banjir,tsunami dan sebagainya
tapi ia tetap rahmat yang tiada nilainya
sebagai umatnya kita harus bersyukur atas pemberiannya
setiap kejadian didunia pasti ada hikmah dariNYA...
hargailah selagi kita masih diberi peluang untuk hidup didunia ini
nikmatilah selagi kita masih hidup ini


TERIMA KASIH
aku ucapkan setinggi-tingginya kepadaMU ya Allah S.W.T atas pemberian rahmat ini..

Saturday 28 January 2012

tiga hari gelap

tiga hari tiada kata
tiga hari tiada perasaan
tiga hari tiada tuju
tiga hari tiada ketenangan
tiga hari aku menjadi bahan hinaaan
tiga hari aku menjadi bahan cembuan
tiga hari aku menjadi bahan kutukan
tiga hari aku menjadi bahan untuk dimaki
tiga hari kesakitan aku rasai
tiga hari tangisan aku rasai
tiga hari luka aku rasai
tiga hari gelap aku rasai

aku jatuh atas kebaikan aku sendiri

Kosong

sudah aku bercakap...
tidak diendahnya..
sudah aku tegur..
tidak diendahnya..
sudah aku berikan nasihat..
tidak diendahnya..
sudah aku terangkan satu per satu..
tidak diendahnya..
semua yang katakan..
tetap tidak diendahkan..
apa lagi yang harus aku katakan..
semuanya sudah tiada makna..
kerana hanya aku merasa bukan orang lain..
semua yang aku berikan hanya kosong..
semua yang aku berikan hanya sampah..
tidak ada yang akan boleh menerima..
walaupun aku bercakap atas pengalaman aku..
kerana semua itu hanya pengalaman yang dianggap sampah
tidak sama macam aku kerna pengalaman aku itu bagaikan nyawa aku..
hanya sampah
hanya kosong
hanya percuma

Thursday 26 January 2012

Tetap sama

bila aku berzina dengan emosi yang tiada tujunya
aku bebas berkata apa-apa saja yang terlintas di emosi
tapi kau perlu ingat
benci macam mana pun
marah macam mana pun
kasar macam mana pun kata-kata yang keluar
hati & perasaan aku terhadap diri kau tetap sama
tiada akan pernah berubah
kerna semua yang berlaku disebabkan aku sedang asyik berzina dengan emosi

MENGAPA

setiap langkah aku lalui kini semakin lemah
tidak dapat aku fikirkan MENGAPA?
langkah aku bagaikan mayat hidup yang berkeliaran tiada tuju
MENGAPA?semua ini terjadi
sudah puas aku mengungkapkan dan menyusun  setiap kata
tapi masih diingkari MENGAPA?
adakah sudah tiada makna setiap yang aku suarakan
atau aku hanya bertepuk sebelah tangan
MENGAPA?semua ini harus aku lalui
adakah ini hukuman daripada dosa-dosa yang aku lakukan selama ini
jika benar..aku pasrah apa yang berlaku terhadap aku

#hanya ketabahan,kesabaran dan iringan doa kepadaNYA mampu memberi ketenangan#

Tidak Mampu lagi

maafkan kerna tidak mampu memberikan yang terbaik
harap kelak aku mampu memberikan apa yang tidak mampu aku berikan sekarang


#maafkan aku kerna tidak mampu#

Wednesday 25 January 2012

feeling

perjalanan hidup penuh liku-liku
kadang-kadang gembira
kadang-kadang sedih
kadang-kadang ketawa
kadang-kadang menangis
itu semua lumrah kehidupan manusia
tidak ada manusia yang sempurna
semuanya sama
jadi hargailah orang yang sayang kepada kita.

Thursday 19 January 2012

penat

penat
melihat pelbagai ragam manusia sekeliling
manusia yang hanya mencari
kemewahan
kuasa
pangkat
yang semuanya tidak penting
penat
menahan kesabaran hati yang sering diganggu
penat
memikirkan apa punca semua ini berlaku
manusia yang celake akibat taksub dengan dunia
penat
menjalani hari-hari yang penuh dengan tipu helah 
menempuhi pelbagai ragam manusia yang pelbagai
penat
menahan kesakitan hati 
menahan kepedihan hati
penat 
membohongi diri supaya menganggap semua ini hanya mimpi
mendustai diri supaya tidak mempercayai apa yang dilihat 
sudah penat rasa menanggung semua ini
tidak termampu lagi rasanya ingin menanggung beban ini
sudah tiada kuderat lagi untuk menghadapi semua ini
hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya hati ini
dengan semua yang berlaku pada diri ini
penat
penat
penat

#aku mohon kepada Mu berikan aku kekuatan#

Tuesday 17 January 2012

siapa aku..

siapa aku..

seorang yang menyusahkan..
seorang yang menyakitkan..
seorang yang menjadi punca masalah..
seorang yang tidak yang punyai perasaan..
cakap saja apa yang korang semua nak cakap..
kerna itu semua benar...
aku tidak sempurna seperti orang lain..
aku yang dipenuhi dosa..
tidak layak untuk aku bersama korang semua..
aku terima..



#aku tidak sempurna seperti korang#

Saturday 14 January 2012

selfish

sudah puas korang berkata-kata..
sudah puas korang sakitkan hati orang lain..
sudah puas korang menikmati hari-hari indah korang..
sudah puas korang menghancur satu persahabatan..
apa guna ada kawan kalau menyakitkan..
apa guna ada kawan kalau selfish..
apa guna ada kawan kalau menyusahkan...
apa lagi..
korang tidak puas..
apa lagi..
korang mahukan..
apa lagi..
cuba korang cakap...
sudah semua korang dapat..
tidak satu pun korang ingat kawan yang banyak berkorban kepada korang..
korang pernah berfikir ..
korang pernah tahu perasaan kawan korang 2..
tipu kalau penah..
aku angkat "FUCK" 
aku maki "PUKIMAK"
aku cakap "BANGSAT"
dekat korang..
kalau korang cakap pernah..
cakap macam keling..
cakap macam orang gile..
korang paham bahasa ke tidak..
ORANG MINTAK TOLONG GAMPANG
kenape nak selfish..
duit boleh dicari..
perut lapar boleh ditahan..
orang mintak tolong jangan tolak jika mampu lakukan..
persahabatan yang betul mana mahu cari..
renung-renungkan lah..

#selfish untuk apa GAMPANG#

ulang tahun ke 21

sudah tiada kata lagi dari aku...
sudah tidak tertahan kegembiraan aku..
sudah sempurna hari-hari aku..
semua kerna kau..
kau yang menyerikan hari lahir aku kali ini..
kau yang memberikan keceriaan pada hari lahir aku kali ini..
kau yang menemanjan aku pada hari lahir aku kali ini..
terima kasih yang tidak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata lagi..
terima kasih...terima kasih...terima kasih... 

#terima kasih aku ucapkan#

Tuesday 3 January 2012

renungan emosi

sunyi..
sepi..
kelam..
suasana jika kau tiada..
hanya berbekalkan lagu  HASRAT - POH..
aku mengenakan segala yang berlaku pada setiap malam yang aku lalui..
adakah semua yang berlaku disebabkan keegoan aku..
mungkin..

#maaf kerna terlalu ego#