Tuesday 30 August 2011

:(

Kegembiraan bertukar kesedihan..
Perkara yang sudah lali dalam kehidupan aku..
Yang datang pasti akan pergi..
Yang hidup pasti akan mati..
Kita hanya perlu kuat untuk melaluiNya..
Jangan sesekali mengalah untuk bangun jika sudah terjatuh..
Perkara yang sudah berlaku jangan cuba untuk diingati...
Pasti akan mengembalikan luka yang sudah sembuh..
Jika luka kembali berdarah..
Pasti sukar untuk sembuh..
Mungkin silap aku terlalu memaksa..
Mungkin sudah tertulis perjalanan kehidupan aku..
Aku perlu redho dengan semua yang berlaku..
Keperitan,kesakitan,kesedihan..
Aku perlu buang jauh2..
Walaupun, akan memberi kesan kepada hati aku..
Cukuplah...
Harap ini yang pertama dan ini yang terakhir..
Maafkan aku...
Atas yang berlaku...

Sunday 28 August 2011

Aku bila lagi?

Pagi..petang..siang..malam..
aku lalui dengan dengan harapan..
agar ada sinar kebahagian bagi aku..
melihat disekeliling aku..
lahir perasaan cemburu..
membuat aku terasa ingin menitiskan air mata..
melihat kebahagian orang sekeliling aku..
dimana sudah lama aku tidak merasai..
aku hanya berfikir .."aku bila lagi"..
mungkinkah sudah tiada lagi sinar untuk aku..
jika aku berfikir..
air mata akan mengiringi keinginan diri aku ini..
aku biar perasaan ini terus berada dihati aku..
walaupun perit, aku akan menanggung semuaNYA..





Saturday 27 August 2011

Kegembiraan

Hari-hari aku buat masa sekarang penuh dengan kegembiraan..Kehadiran engkau mengubah hari-hari aku yang selalunya di isi dengan tido sepanjang hari..Walaupun kita masih baru berkenalan dan jarang-jarang berjumpa tapi engkau selalu buat aku gembira dan merasakan aku dihargai selain keluarga tersayang aku..Aku tahu engkau sudah berpunya dan perlu juga meluangkan masa dengan si dia,tapi engkau mempunyai ruang dan waktu untuk melayan kerenah aku walaupun engkau sudah berpunya..Siang malam,tidak kira waktu,engkau selalu menemani aku walaupun dah tak tahan sangat nak tido tapi engkau still cuba melayan aku,ketawe bersama,mengarut bersama walaupun dah nak tido sangat dh engkau masa 2..Kehadiran engkau kepada aku memberi aku semangat untuk melakukan apa saja dalam kehidupan seharian aku..Tido pergi kelas engkau bangunkan,tido petang engkau bangunkan dan asalkan aku suruh bangunkan je aku dari tido,pasti engkau akan bangunkan walaupun aku tegok engkau penat,letih,bad mood..tapi engkau still laksanakan pesanan aku..Aku dah tak tahu nak cerite apa lagi tentang engkau yang terlampau baik dengan walaupun hubungan kita hanya sebagai KAWAN dan baru lagi kenal ,tapi macam dah lama kenal..Senang cerite engkau buat hari-hari aku penuh dengan kegembiraan yang dipenuhi dengan warna-warni seperti pelangi yang hadir selepas hujan..AKU NAK UCAPKAN TERIME KASIH SEBAB MEMAHAMI AKU YANG TAK BERAPA BETUL NIE..AKU HARAP KITA BOLEH KEkAL SAMPAI BILA-BILA :D

Friday 26 August 2011

Lumrah dunia

Lumrah dunia..
Bila kesunyian pasti akan mencari penghibur..
Bila ada yang baru..lama akan ditinggalkan bagai sampah..
Rintihan..Tangisan..Rayuan...
Tidak akan dipeduli..
Lumrah dunia..
Bila berada diatas akan disanjung tinggi..
Bila sudah jatuh tidak akan dipedulikan..
Bagai jatuh ditimpa tangga..
Tidak akan ada orang akan peduli..
Walaupun 1 juta rintihan,rayuan dan tangisan di iringi tidak akan di peduli..
Lumrah dunia..
Populariti akan membuat kita akan didekati..
Manusia hanya ingin populariti..
Bila sudah tiada populariti akan hilang tanpa jejak..
Lumrah dunia..
Jangan terpaku jika semua ini berlaku pada diri sendiri mahu pun di depan mata kelak...
Lumrah dunia..lumrah dunia...lumrah dunia..

Sunday 21 August 2011

Aku Sendiri

Setelah aku memberi kepercayaan pada kau...

kau menikam , meludahku...
Kau buat bagai sampah...
sendiri aku menangis...
menangis dalam kekecewaan...
Aku sendiri...
menangis aku menangis dalam keseorangan...
Aku sendiri...
belajar erti pengalaman hidup yang penuh dugaan...
Aku  sendiri...
lepaskan , lepaskan ...
agar aku mampu berdiri sendirian...
walaupun tanpa kau disisi...
keep me in the dark again..

Friday 19 August 2011

salam perkenalan

Nama aku : muhammad adam bin amir just call aku ADAM
umo aku : 20 tahun
tarikh aku dilahirkan : 14 / 01/1991
asal aku : kuantan,pahang
jenis darah aku : A (baru tahu sejak kene derma darah at IPTA)heheeh
jenis aku : sukar difahami (sebab selalu merapu tidak tentu arah)hehehe
aktiviti aku masa lapang : tido, merayau (kutu jalanan tapi bukan MAT REMPIT)hehehe
tempat kesukaan : tempat yang tenang macam pantai, pulau..boleh memberi ispirasi ...heheheh

tu je kot serba sedikit tentang aku..aku tak tahu nak cerite ape tentang aku...ITU LA AKU..hehehe