Saturday 2 September 2017

No Title

Aku menangis kerana diri mu
Aku bersedih kerana cinta mu
Aku sakit kerana diri mu
Aku bergini kerana cinta mu

Hari berganti minggu
Minggu berganti bulan
Bulan berganti tahun
Aku masih bergini

Kerana
Kerana
Kerana....... diri mu




Tuesday 11 October 2016

Tagisan Batin Ku

Cukup kau lihat gelak tawa ku
Jangan kau cuba lihat tagisan ku
kerna gelak tawa ku semua hanya palsu
Batin ku menagis
Itu yang sebenarnya

Batin ku Menagis


Thursday 8 September 2016

Rintihan

Malam ini air mata aku jatuh membasahi bumi
HancurNya perasaan aku ini bagai kaca jatuh ke bumi
SakitNya hati aku ini bagai dicucuk-cucuk jarum

Semua ini aku rasa sendiri
Semua ini aku pendam
Semua ini aku nikmati
Tiada siapa yang tahu

Titisan air mata ini menjadi tanda
kehancuran hati ini
Titisan air mata in menjadi lambang kesihan aku
Titisan air mata ini menjadi tanda
bahawa aku masih sayang pada Mu

Aku harap
Kesakitan
Kesedihan
Kehancuran hati ini
Akan aku nikmati kebahagian kelak

Saturday 11 June 2016

Tersusuk Dalam Ke Dasar Sekeping Hati
Bila Jawapan Yang Ditulis Dan Dihantar
Pedih Terasa Terlalu Dalam
Luka Sudah Mula Berdarah Laju

Terdiam Sendiri
Terpaku Sendiri
Terkedu Sendiri

Bagai Gelap Dan Hilang Semua 
Bagai Tiada Sudah Nafas Berhembus
Bagai Sudah Mati 

Walaupun Aku Yang Ingin Tahu
Walaupun Aku Memaksa Supaya Memberi Tahu

Jika Sudah Tertulis
Aku Redha
Semua Kehendak Nya
Aku Pasrah
Dengan Ketentuan Nya

Ya Allah Jika Semua Ini Adalah Yang Jalan Terbaik
Aku Redha Dengan Semua Ini
Aku Hanya Makluk Yang Hina Disisi Mu
Aku Mohon Pada Mu .. Supaya Diberi Kekuatan & Ketabahan Bagi Hari-Hari Mendatang 
Agar Aku Kuat Menempuhi NYa. Amin

Wednesday 14 October 2015

bukan berlian

hancur
sakit
pedih
luruh
semua hadir dalam satu masa
apa aku beri,tiada ada lagi yang berguna
semua dibuang bagai sampah

tiada lagi ada yang boleh diguna
kerna semua sudah menjadi sampah
sebaik manapun hasilnya.tiada lagi keindahannya
kerna semuanya hanyalah sampah


biarlah sampah-sampah ini aku simpan
kerna semua ini sangat berguna bagi aku

Friday 8 May 2015

Redha

Kita Merancang..
Tuhan Menentukan..
Semua Ini Pasti Ada Sebaliknya..
Semua Ini Pasti Ada Yang Terbaik..
Hari Ini Kita Merancang Untuk Bertemu..
Tapi Tuhan Menentukan Kita Tidak Bisa Bertemu..
Mungkin Tuhan Mahu Kita Bersabar..
Mungkin Tuhan Mahu Kita Tabah..
Usah Kita Tangiskan..
Usah Kita Kecewa..
Pasti Ada Yang Lebih Baik Dari Apa Kita Rancangkan..
Pasti Ada Yang Diluar Jangkaan Kita..
Kita Perlu Redha Apa Yang Sudah Diaturkan..

#Hanya Mu Tuhan Yang Mengetahui Semua Yang Berlaku#

Sunday 26 October 2014

;(

terguris bila disentuh soal duit
terluka bila berbicara soal duit
terlalu sensitif jika dipersoalkan soal duit
tersentuh dikatakan banyak duit

berbicara apa saja yang kau mahu
berkata-kata lah apa saja yang kau mahu
kerana aku sejak azali lagi dilahirkan dalam keluarga biasa
kerana aku sejak azali lagi dilahirkan dalam keluarga yang tidak kaya
kerana aku sejak azali lagi dilahirkan dalam keluarga yang susah
aku sudah diajar sejak azali lagi supaya berusaha sendiri jika mahu sesuatu
jangan pernah bergantung dengan orang lain

aku tidak meminta 
aku tidak sesekali menyusahkan orang lain
aku kerah kuderat sendiri untuk semua ini
aku tahu rezeki tuhan yang menentukan

tidak mengapa buruk
tidak mengapa lambat
tidak mengapa murah
tidak mengapa kecik
tidak mengapa tidak cantik
kerana semua sudah ditentukan 

# hampir 4 tahun masih lagi begini #