Wednesday, 22 August 2012

Keseorangan

keseorangan
aku berjalan tanpa arah tuju
aku sentiasa berfikir kemana arah tuju
adakah aku akan menemui arah tuju yang indah
semua itu tidak aku tahu jawapannya
keseorangan
aku termenung mengenang diri ini
aku berfikir kemana diri ini ingin pergi
adakah diri ini sudah ada arah tuju nya
semua itu tidak aku tahu jawapannya
keseorangan
aku mengenang apa yang dilakukan selama ini
aku berfikir apa diri ini benar
adakah semua yang telah aku lakukan dalam hidup ini semuanya benar
semua bermain di akal fikiran yang tidak penah berhenti berfikir

keseorangan membuatkan aku sentiasa berfikir dan belajar dari segala pengalaman yang telah dilalui walaupun aku tidak tahu apa jawapan yang aku temui..


No comments:

Post a Comment