Thursday 3 April 2014

Celaru

Hujan lebat turun membasahi bumi
aku pula masih lagi mencari jalan keluar
dari pemikiran yang tidak lagi tenang
seperti air hujan yang tenang turun kebumi
apa yang aku fikirkan
aku kurang pasti
kenapa semua ini bermain didalam fikiran 
adakah ini hanya sementara
mahu pun akan kembali dengan kerap
aku sendiri tidak tahu

Hujan makin lebat diluar sana
aku terbaring diatas tilam yang usang
memikirkan kenapa semua ini terjadi
adakah hanya kebetulan
atau pun aku yang tidak terkawal akal dan emosi
aku sendiri kurang pasti

Hujan mula reda
aku masih lagi mencari punca
mengapa secara tiba-tiba aku begini
sedangkan tidak perlu berlaku
aku sendiri kurang pasti
apa puncanya

Hujan mula berhenti membasahi bumi
aku sudah hampir menemui pencari
mengapa semua ini berlaku
walaupun aku kurang pasti

semua ini berlaku kerana
emosi
perasaan


No comments:

Post a Comment