Wednesday 30 January 2013

AKU......

Disini bukan aku ingin bicara tentang cinta,kemarahan mahupun apa yang biasa aku coretkan didalam blog aku ini. Cuma kali ini aku ingin bicara tentang diri sendiri yang tidak tahu apa  kesudahannya sementara masih bernafas didunia sementara yang dipinjamkan oleh YANG MAHA ESA.Setiap kali aku melabuhkan tubuh keatas tilam didalam bilik aku pasti acap kali akan terlintas apa nasib aku pada keesokkan hari dan hari-hari seterusnya hingga nafas terakhir aku didunia ini.Apabila aku melihat persekitaran sekeliling aku setiap kali aku berjalan-jalan dan melihat nasib,kerenah dan apa yang dikecapi oleh setiap manusia yang aku lihat semua berlainan nasib,kerenah dan kejayaan yang mereka kecapi.Sama seperti aku,apa yang lakukan pasti tidak berjaya seperti rakan-rakan seangkatan lain berjaya.Mungkin ini sudah nasib aku yang sudah diatur oleh YANG MAHA ESA.Aku cuma mampu berusaha dengan gigih supaya aku berjaya seperti mana orang-orang lain yang berjaya.Kadangkala aku juga pernah terfikir,nasib yang aku alami sekarang mungkin sebab dosa-dosa yang aku telah lakukan dan ini balasan untuk aku didunia supaya aku sedar bahawa semua datang,pergi,gagal,berjaya semua datang dariNYA.Aku cuma perlu berdoa dan berusaha jika ingin mendapatkan apa yang aku inginkan didunia sementara ini sebelum semuanya berakhir.

No comments:

Post a Comment