Wednesday, 2 October 2013

Aku :Mengharap Sinar

Sekarang..
 Aku berambut panjang setelah sekian lama tidak berkerja dan menjadi penggangur yang terhormat dirumah mak & ayah aku..Aku hanya tahu on9,makan ,tidur & habiskan masa berhibur melepak bersama-sama kawan-kawan.Selama hampir 12 bulan aku jadi seperti ini.Mak & ayah aku ada juga tanya bila nak cari kerja?,bila nak potong rambut?,bila nak banyar pinjaman belajar?,memang nampak remeh pertanyaan orang tua aku itu,tapi pertanyaan mereka tersirat harapan untuk melihat aku berkerja dan menjadi orang berguna kelak..Aku mengerti setiap perkara tersirat dari setiap pertanyaan mereka.Aku pun taknak jadi macam ini tapi apakan daya aku yang memilih jalan yang tiada apa-apa keuntungan  untuk hidup aku.Aku sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t supaya permudahkan & murahkan rezeki didunia supaya aku menjadi orang berguna kelak..

Minggu Hadapan..
Rambut aku yang panjang akan aku potoang dalam masa terdekat kerna ada rezeki dari Allah s.w.t...Aku mendapat satu temu duga yang tak pernah aku terfikir akan dapat ..Jawatan yang aku dapat pun bukanlah jawatan yang menjanjikan gaji yang lumayan tetapi sudah cukup untuk aku kalau aku diberi & diterima untuk berkhimat untuk kerja tersebut.Aku berharap ini adalah satu sinar baru untuk masa kelak supaya aku menjadi berguna dan memberi satu senyuman pada mak dan ayah aku..Aku akan berusaha dalam temu duga nanti supaya aku diterima..Aku berharap dipermudahkan setiap urusan pada hari temu duga nanti dan hari-hari akan datang dalam sepanjang hidup aku didunia ini..Amin

"Ya Allah,kau berikanlah hamba mu ini kekuatan bagi menghadapi kehidupan didunia ini,kau permudahkanlah setiap urusan hamba mu ini,kau murahkanlah rezeki hamba mu ini dan kau berikanlah kerjayaan dalam kehidupan hamba mu dunia ini walaupun hamba mu ini banyak melakukan kemungkaran,dosa dan melanggar segala perintah mu..Amin"

No comments:

Post a Comment